Dulu, somewhere in time..masa aku datang ke Kusza untuk register sebagai pelajar baru, aku ditempatkan di blok Hafsah untuk 1 sem...dorm jer. Freshie baru ada di blok Zainab dan Hafsah. Freshie pompuan di blok Khadijah dan Aisyah. Blok senior yang laki di Abu Bakar, Uthman, Umar dan Ali. Budak pompuan kat Anas, Bilal, Hamzah dan Khalid.
Itulah blok asrama yang ada. Kalau senior dapat sebilik 2 orang, kitaorang satu bilik dekat 20 orang dengan katil double-decker. Makan kat dewan makan, macam asrama sekolah menengah. Syukur jugak sebab save bajet...cuma tekak lalu tak lalu nak telan jelah. Bising2 makan maggee...kalau tak pun cafe cik su kat bawah pentadbiran. Tapi punyalah ramai...nak cerita pasal ni lain posting lah.
Ni nak cerita, oleh kerana blok aku Hafsah tu sebelah je ngan blok Aisyah, maka pada satu malam ada bodak pompuan buat wayang kulit kat tingkap nako tu la..nampak bayang2 dia buat aksi nak goda budak laki la gamoknya. Ingat kita miang sangat, gatal jer..tah2 muka dia seposen pun orang tak kutip. kui!kui!kui!
aku yang tengah study + stido tu tak perasan la, tapi member aku Jetto bila tengok je, dengan machonya dia amik bata merah tu dan pelangkong tingkap tu. Prang!! satu asrama pas tu jerit...booooooo!
warden Dr. Baha, masa tu En. Baha lagi masih teruna...apa lagi dia pun wat siasatan dan tangkap Jetto. Aku tak ingat tindakan dia tapi rasanya tak nak naik atas...
Tapi sekarang tak payah tunggu budak pompuan tayang kat balik tingkap, malam2 aku datang nak pegi bilik aku lalu kat kawasan kantin asrama blok baru, fuyoh! cayalah minah2 ni...
sekadar gambar hiasan
aku lalu kat blok2 akademik, ada tampal etika pakaian UDM. dan satu hakikat yang aku kena telan ialah, sekarang bukan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin, tetapi Universiti Darul Iman Malaysia.
Jadi, kerja aku as ustaz adalah menjelaskan kepada pelajar2 Muslim dan Muslimat tentang etika pakaian dan akhlak kita orang Islam. Jadilah apa2 pun, dye rambut tu biru merah pun, pakailah baju Metallica Iron Maiden pun, alih2 kita tetap orang Islam yang akan disoal dalam kubur.
dan ustaz/ah pulak hanya penyampai, nak dengar tak nak dengar itu sendiri juga mau ingat. pastu, kerja menyampai ni pulak adakalanya pendengar marah, walaupun ustaz/ah tolong sampai je..jadi kena pulak banyak bersabor, salah keras sikit ustaz/ah akan dikata tidak berhemah, tidak berhikmah, itu ke orang Islam...aik! ustaz/ah jugak yang kena, yang ditegur relax semacam. tu tak termasuk kalau ada ustaz/ah tergelak sikit...abis satu kehidupan dia dikata.
Kerja penguatkuasaan undang2 pakaian tu bukan bidang kuasa aku, kalau aku buat aku jugak, budak sekarang cerdik..dia buat bodo je pasal tau aku takde kuasa. tak boleh nak salah ke sesape gak.
mmm...tulah hakikatnya. susah senang nak wat camner? kerja ngan Majikan Agung ni kena wat jugak tak kira ustaz ke tak ustaz...akhirat esok tak dibayor gaji, masuk lokap susah sendiri jugak.
So, sempena Hari Raya Koraban ni, kena insaf dan banyak2 buat pengorbanan lah untuk Allah, Majikan Alam Semesta. Selamat Raya dan moga2 kawan2 yang pegi aji tu yang dapat haji mabrur yang tiada balasan selain syurga Allah. dia balik dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana bayi yang baru lahir.
itu dulu...
Thursday, November 26, 2009Posted by Ustaz Anas at 11:57 AM 3 comments
Labels: Kenangan
Tips Peperiksaan
Thursday, November 12, 2009
Mungkin dah terlepas bagi sebahagian atau ada orang lain yang lebih pakar...tapi yang ini utz tulis atas pengalaman..pengalaman sendiri dan pengalaman memotivasikan student dalam peperiksaan. Bukan nak kata utz cemerlang tapi sebab ia makbul, so why not share to someone else. Sekali lagi bukan utz hebat cuma nak berkongsi bagi sesiapa yang nak. Kalau dah ok dan tak perlu lagi tips utz tiada menjadi satu musibah dan musykilah untuk anda.
Dengan Nama Allah...
bila disebut pasal peperiksaan, yang pertama utz nak bawa kesedaran kita bahawa peperiksaan kita yang hakiki adalah dengan Tuhan.
Allah berfirman : 
Maksudnya : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Hidup ini dan mati kita adalah ujian dan peperiksaan untuk dinilai siapakah yang paling baik amalnya.
Kita diuji dengan bermacam-macam ujian pada setiap saat nafas kita dihembuskan. Cumanya ada ujian yang soalannya mudah dan kita lepasinya tanpa kita sedari. Contoh, apabila kita mengucapkan pujian kepada Allah, kita telah mensyukuri nikmat nyawa, denyut jantung dan kurniaan diri...kita ingat ucap saja, rupanya itu jawaban bagi ujian tadi.
Ada ujian yang ringan, kita sedar dan kita lepas. Contoh, baca tak faham-faham...kendian, kita pun mengeluh : Ya Allah...tolonglah aku! dan tak lama lepas tu kita memahami sedikit demi sedikit apa yang kita baca.
Ada yang berat dan biasanya yang berat tu kita sedar...contoh : kematian insan tersayang. Kita sedih, terasa dunia sempit bagi kita...namun kita tetap tabahkan diri, berserah pada Tuhan dan mohon kekuatan darinya. Lepas jugak...
Dan semua itu akan diberikan keputusannya pada hari Mahsyar kelak di mana setiap orang akan ditunjukkan kad laporan hidupnya. Yang A berderet, mudah masuk syurga, 'naik keretapi laju'. Yang ada B, C 'naik basikal, beca, jalan kaki...'. Yang failed, kena kalau ada sijil 'SPM' yakni dua kalimah syahadah, kena denda dulu. 'Ketuk Ketampi' ke dalam neraka. Yang ada takde sijil yakni kafir, penjara mandatori dalam neraka. Nak mudah, BM kredit yakni solat dia beres, ada can selamat...begitulah.
Justeru, sebelum kita dok gaduh sangat dengan peperiksaan akademik kita, pasang balik niat kehidupan kita agar selaras dengan kehendak Allah.
إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العالمين
Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidup dan matiku untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Baik, berbalik tentang peperiksaan akademik...ada satu persoalan. Kena serah ke Allah dulu baru usaha atau usaha dulu baru serah kepada Allah. Jawapannya ialah :
tiada jawapan mutlak...tapi bagi utz - serah pada Allah, usaha dan kembali serah pada Allah. Alasannya ialah Nabi s.a.w. menyuruh kita baca basmalah dalam setiap urusan kita. Kemudia Nabi s.a.w. ajar banyak doa sebelum kita memulakan sesuatu..ada doa sebelum makan ada doa selepas maka. Kemudian memang kita dituntut berusaha, ce tengok ayat 
Maksudnya : Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
Pastu kena serahkan usaha kita pada Allah, mohon keberkatan dan kejayaannya.
Maksudnya : Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
Jadi, dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, tips yang terawal ialah :
1- Berdoa dan bersolat hajat agar usaha belajar kita diberkati dan dipermudahkan Allah. Ulama silam, apabila nak menulis kitab mereka akan solat dulu dua rakaat mohon kepada Allah keizinan dan bantuanNya.
2- Belajar, bukan sekadar membaca. Proses belajar ialah mendapatkan maklumat, memprosesnya dan menjadikan data dalam diri. Cara belajar yang terbaik ialah yang paling sesuai dengan diri dengan mengetepikan faktor-faktor selesa diri. Utz pernah mengajar dinding dan tingkap dalam musolla Zainab, KUSZA yang kosong selepas Isyak pada satu ketika 18 tahun yang silam. Ia membantu menjadikan data tersimpan dalam memori. Tapi, tak sama antara seorang dengan sorang yang lain. Cuma, cuba kaedah yang menggabungkan visual dan verbal. Menggambarkan data dan menyebutnya...
Kaedah Belajar samada peta minda, nota ringkas, latih tubi, grup diskusi, tasmi' dll - sila rujuk kepada pakar-pakar motivasi.
Setelah itu, kembali berdoa dan solat taubat, kot-kot ada kesilapan dan kesalahan kata sepanjang proses tersebut.
*Pastikan urusan ibadah kita sempurna.
*Pastikan jangan buat maksiat. Maklumlah, anak teruna dan anak dara sekarang ni daring2...kalau tertengok sebab lalu depan kita ok lagi, jangan buat-buat tertengok pulak, melekat pulak tu...Itu pesan Imam Shafie. Jangan release dengan bergelak dan bergalak...ilmu cabut lari dari kita.
*Parstikan jangan ada rasa bengkek dengan guru walaupun cikgu kita tu ek semacam. Sabar dan ikhlaskan hati.
*SENTIASA MINTAK AMPUN DENGAN MAK AYAH DAN POHON RESTU MEREKA.
Bagi yang merasa agak terbeban untuk solat dua rakaat, tersebut, paling tidak berdoa dan memohon hajat sebelumnya dan berdoa dan beristighfar selepasnya.
Sebelum memulakan hari, eloklah duduk bertafakur sekejap pada subuhnya terutama selepas solat subuh pada waktu subuh kerana ada yang 'solat subuh pada waktu duha'...duduk dalam keadaan paling selesa dan tenang, istighfar pelan2 atau dalam hati sehingga rasa diri terbuai, lalu pasang niat dan azam secara visual dan verbal dlm hati iaitu gambarkan pencapaian yang kita nak gapai dan ucapkan dalam hati. Contoh : gambarkan keputusan '37 A' dalam result dan sebut dalam hati, Ya Allah, inilah result yang aku capai...berulangkali sehingga puas.
elok juga bangun solat tahajud dan hajat...sujud terakhir buat kaedah visual dan verbal tersebut. Utz dah buat masa SPM dulu selama 4 bulan dan tepat sebagaimana yang digambarkan. Alhamdulillah.
Pada penghujung malam sebelum tidur, atas katil tak pe..sekali lagi buat kaedah tersebut. Ia merupakan self-reprogramming dan inshaAllah, banyak membantu. Kalau kita biasa buat dalam tempoh lima minit selesai proses ni.
Satu lagi yang penting, tolong buat. Mintak ampun dan restu daripada cikgu-cikgu sama ada mengajar atau tidak sebelum memasuki fasa terakhir minggu peperiksaan. Mintak halal. Doa dan restu diorang power atas kapasiti guru dengan anak murid. Itu yang utz amalkan dari dulu sampai habis belajar. Ni utz jadi student balik ni pun inshaAllah utz akan buat.
Tips semasa peperiksaan
1. sebaiknya pada malam peperiksaan, kita rehatkan diri kita. Jangan study sampai pukul 2 - 3 pagi. Waktu tu babi hutan cari makan, baik tidur dan kalau dah terbiasa solat tahajud, buat macam biasa. Cukuplah kita pulun study pada sebelumnya. Bagi yang tak study, hang pa study masa ni pun hang tuah pun tak buleh nak tulun.
2. pastikan kelengkapan peperiksaan disediakan dengan baik pada malamnya...pakaian, pencil case, raba dalam ertikata pemadam, kad pelajar dan lain-lain, pastikan juga kita ada jam tangan jarum sebab mudah nak bajet masa berbanding jam digital.
3. pagi itu, pastikan sarapan dengan baik sebab perut lapar tidak boleh kompromi. Elakkan makanan ringan..cocopie hoooooo! Perut kosong merosakkan mood. Itu sifat biologi tubuh kita. Usahakan jangan ada kekecohan berlaku sebab minda akan terkesan. Kalau ada masalah, bawak bertenang dan bersabar untuk selesaikan. Manalah tau, kasut sekolah kita digonggong anjing gila...jadi pakai jelah kasut gold cup tok ki kita je...janji selesa dan selesai masalah. Jangan rosakkan mood kita.
4. siru ala barakitillah...berjalanlah dengan berkat Allah. Maknanya, adab-adab yang Nabi s.a.w. ajar buat seelok-eloknya. Start dari bangun pagi sampai ke tempat peperiksaan.
5- Pastikan sampai awal di tempat peperiksaan walaupun untuk periksa lesen L jer.
6. Dalam dewan peperiksaan, perkara pertama buat doa dan pasang niat lillahi ta'ala. Ambil nafas inti pelan-pelan, tarik masuk dalam-dalam sambil bersolawat mintak syafaat Nabi s.a.w. dalam hati dan hembus perlahan-perlahan. Buat begitu sehingga rasa relax dan tenang. Kalau rasa cemas pakai nafas kasar...tarik dan hembus laju dan kuat, sampai release. Jangan menghembuskan nafas terakhir jika belum masa malaikat maut datang.
6. Barulah pegang soalan dan ingat, baca basmalah dalam setiap urusan. Buka soalan, tulis nama, setiap kali menjawab soalan baru dan seterusnya lah. Menjawab dengan tenang, tulisan yang terang dan jangan cemas kalau ada soalan yang yang tak boleh jawab, usahakan sekadar yang mampu kerana kejayaan kertas tersebut bukanlah terhenti dengan jawapan kita, tapi lebih kepada kurniaan Allah. Kalau Allah nak, masa pemeriksa marking paper kita, dia akan rasa senang hati lapang dada menyebabkan mudah dan murah dalam permarkahan...kecuali soalan a,b,c,d yang dikira pakai mesin. Mesin - no mercy for all... tapi tetap jangan lupa kuasa Allah. Apa saja boleh berlaku.
7. Habis menjawab sekali lagi beristighfar dan berdoa pada Allah macam proses kita belajar hari tu.
8. Tolong jangan bincang soalan hari tu sekiranya ada paper lain pulak esok lusa. Yang dah berlalu biarkan ia berlalu. Ada caranya...kek gi btau.
9. Pastikan sekali lagi jangan buat maksiat, bergelak dan bergalak. Kita dalam tempoh berpantang 40 hari.
10. Jangan meniru, mungkin kita dapat menjawab masa tu, tapi apabila tidak berkat kek gi bila diperiksa oleh pemeriksa akan semput. Kita dah ikhtiar yang terbaik, serahkan pada Allah. Jawapan dalam kertas tersebut belum jadi penentu segala-galanya.
Pasca Periksa
k...abis periksa. Biasanya kita enjoy. Sekali lagi, kita dalam pantang 89 hari. Masa ni yang kritikal sebenarnya...pasal masa nilah kertas kita diperiksa. Masa nilah kena solat hajat banyak-banyak, solat taubat banyak-banyak, masa nilah jangan buat maksiat, bergelak dan bergalak.
Sebab apa hajat, sebab Nabi s.a.w. ajar, kalau ada sesuatu keperluan ambillah wuduk dan solat dua rakaat. Kenapa taubat, sebab taubat dan istighfar adalah pemerah langit untuk mengeluarkan rezeki. Pasal apa jangan maksiat bergelak bergalak, pasal ia menyekat rahmat Allah. Kalau rahmat Allah turun mencurah-curah, pemeriksa marking paper pun melimpah ruah ehsan dia.
Sehinggalah result dapat, sujud syukurlah tak kira berapa dapat. Pasal, kita dah beribadat untuk peperiksaan ini kepada Allah dan yakin Allah atur sebaik-baiknya. Kalau cemerlang, Allah makbul doa dan usaha kita sebagaimana yang kita kehendaki. Kalau kureng shikit, Allah makbul usaha dan doa kita sebagaimana yang Allah rancang. Allah ada pelan untuk kita yang lebih baik.
Ada dua orang kawan utz, masa Penilaian Darjah 5 (dulu takde UPSR) hampeh! Macam mangkuk je result...sambung sekolah menengah kat kampung je. Cuma bagi utz diorang ni ikhlas dan reda dengan Allah. Bila utz jupe balik 10 tahun lepas tu, jadi engineer...balik UK, dapat belajo kat sana. Tu Allah nak tunjuk makbul doa bukan sekelip mata...tah berapa kelip mata tak tau. Tak berjaya kali ini sebab Allah sediakan kejayaan di sebalik itu.
So, kalau dah mendapat kejayaan...jangan sombong pada Tuhan. Bukan milik kita...
Kaifiat ringkas solat hajat
-Solat dengan niat solat sunat hajat dua rakat atau empat rakaat atau dua belas rakaat
-Bacaan pilihan utz selepas fatihah, ayat kursi dan ikhlas atau al-kafirun dan ikhlas
-Sujud akhir mohon dalam hati kepada Allah hajat
-Berdoa pas salam walaupun dalam bahasa melayu kepada Allah dengan penuh tawaduk
Kaifiat ringkas solat taubat
-Solat dengan niat solat sunat taubat dua rakat atau empat rakaat
-Bacaan pilihan utz selepas fatihah, ayat kursi dan ikhlas atau al-kafirun dan ikhlas
-Sujud akhir mohon dalam hati kepada Allah keampunan atau lafazkan istighfar
-Berdoa pas salam walaupun dalam bahasa melayu kepada Allah dengan penuh tawaduk
Penghulu Istighfar
اللهم أنت ربى لا إله إلا أنت خلقتنى وأنا عبدك وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت أعوذ بك من شر ما صنعت أبوء لك بنعمتك علىّ وأبوء بذنبى فاغفر لى فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
Amalkanlah...Mustajab.
Ingat, tips ini bukanlah mutlak. Kalau ada tips dari orang lain yang lebih bagus untuk anda, tiada halangan untuk diamalkan....dan sebenarnya pantang kita untuk kekal dalam ibadah dan jauhi maksiat bukan setakat 40 hari dan 89 hari hari, tapi sampai kita dapat kad laporan hidup kita dalam keadaan bergelak bergalak di mahsyar kelak. Kerana saper yang bergelak bergalak di dunia nescaya dia akan bergolek di akhirat. Saper yang bergolek di dunia nescaya akan bergelak bergalak di akhirat.
Doaku untukmu semua :
اللهم اجعل أول يومنا هذا صلاحاً وأوسطه فلاحاً وآخره نجاحاً، اللهم اجعل أوله رحمة وأوسطه نعمة وآخره تكرمة ومغفرة
Amin...doa ini utz munajatkan selepas menulis posto kali ini.
Wallahualam.
Posted by Ustaz Anas at 10:32 AM 1 comments
Labels: Petua
da vinci code
Wednesday, November 11, 2009pehal pulak posto kali ni pasal filem ekk? sebenornya ust 'TERtengok' satu filem semasa berkunjung ke rumah sedara tempohari...dalam astro. Baru tertengok pasal umah utz mana ada astro.
ceritanya mengingatkan utz tentang subjek 'Sejarah Pemikiran' di UKM dulu. Sejarah pertembungan antara dua aliran dalam kristian di mana Maharaja Rom memilih aliran triniti sebagai mazhab dalam negaranya. Ia diperjuangkan oleh Arius, seorang tokoh Kristian daripada Iskandariah, Mesir.
Utz tak ingin nak menyentuh tentang Kristian dalam posto ini pasal utz bukan orangnya dalam bidang ini. Tapi, sebagai seorang Muslim, kita beriman dengan Nabi Isa a.s. sebagai seorang rasul yang diutus oleh Allah sebelum Allah mengutus Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul yang terakhir sebelum menjelangnya Hari Kiamat.
Kita juga beriman dengan Nabi Musa a.s. yang diutus Allah sebelum Nabi Isa a.s. dan juga Nabi-nabi sebelumnya. Kalau tak beriman dengan mereka, hukumnya adalah kafir. Tetapi kalau beriman bahawa mereka adalah Tuhan juga hukumnya kafir.
dan tak semua dalam cerita tersebut kita percaya kerana kepercayaan kita adalah berasaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh kerana cerita tu ditayangkan dan ditonton oleh sebahagian besarnya umat Islam, maka wajarlah kita berpegang kepada aqidah yang sahih yang diterima oleh hanya satu-satunya Tuhan Yang Esa, tiada Tuhan selainNya yang tidak mampu tergambar dalam benak manusia zatNya kerana Tuhan tidak sama dengan sesuatu pun makhlukNya. Jadi, janganlah kita menyamakan atau menggambarkan Allah s.w.t. dengan sesuatu apa pun jua yang ada dalam fikiran kerana fikiran hanya mampu berfikir setakat apa yang boleh dilihat dan dirasa. Nak gambarkan telaga kautsar pun tak mampu...yang wajib ialah kita beriman kepadaNya dan mengakui qudrat dan iradatNya...
nak tau sikit-sikit pasal filem ni..KLIK
Posted by Ustaz Anas at 3:34 PM 0 comments
Labels: iktibar
Banyaknya Cerita...
Wednesday, November 4, 2009dekat 2 minggu lebey tak menulis, macam-macam kisah ada.
23 Oktober - Mula-mula demam, selsema, for sure ada risiko H1N1...hikhikhik! selsema babi kak yong! pas telan ubat homoepathy, lega sikit...
24 Oktober - lawan pingpong Terbuka Pantai Timur di Bukit Jong. Opponent sdr Hafiz, antara player Terengganu...ha! amik ko..aku libas, aku katok dan keputusannya tanpa diduga...aku KALAH. Hahaha!
25 Oktober - bertolak ke Pusat Ko Kuala Berang..program BIG (Bina Insan Guru Ambilan Julai 09). Jadi fasi ler...wah! puas hati duduk 5 hari kat sana. Aktiviti outdoor paling mencabar...
flying fox (aku rasa macam hebat sangat tapi bila surf kat wikipedia, ni link dia, korang nilailah sendiri...jadi tak paham aku kalau peserta tu dok terketaq, terpekik, terlolong...hehehe!,
pastu abseiling , kalau dalam gambar nampak gempaq, tapi kat pusat ko, sekali lompat sampai dah tanah, tu pun ada yang menggigil bang!,
wall climbing dan yang ni aku join pasal nak tayang muscle kat lengan, opps! sekarang dah pindah kat perut...kuikuikui!
yang lain, masuk hutan pacat, zakat sikit darah tu utk terapi bekam, for sure aku join tidur je...pacat beb, aku lomah tang tu.
Lain, masuk air belajar mengapung diri, berkayak, as a fasi aku maleh nak join, just beri moral support je pasal kang kalau aku masuk air tu jadi badak berendam pulak, tak nak keluar terus, aku pantang masuk air.
Part yang best sekali, tidur dalam hutan atas hammock berbumbung ponco. Pukul 2 pagi baru setel dan peserta yang kepenatan boleh tidur. Tak kisah dah, pacat ke, babi hutan ke, aku biasala...pas diorang setel tidor, serah kerja kat abg askar kita, Tuan Mat Ismail, Utz Akila dan Utz Rahim...aku kroh!kroh!kroh! tidur dalam van...jaga diorang la tu konon.
Dan akhirnya bila penutup, seperti biasa kita wat peserta tu menangis-nangis. Hahaha! biasa la...aku mana nak tunjuk leleh, cuma bila Utz Shahril tunjuk slide pasal pengorbanan ibu tu, memang aku tak tahan, sapa yang tak sayang mak ooi...aku pulak duk jauh ngan mak aku. Mak! waaaaa....
Dalam banyak-banyak tu, aku nak tujukan kenangan aku ngan Puan Hafiah, antara penceramah BIG atau lebih mesra dengan panggilan Kak Piah. aku pun nak mesra retek, panggil Kak Piah jugaklah. Beliau jadi kaunselor zaman aku ngaji Kusza dulu dan banyak jasanya kepadaku. Terima kasih Kak Piah.
2 November - aku dipohon oleh penolong pendaftar FKI utnuk mengosongkan bilik pensyarah sebab ada pensyarah yang nak masuk. aku macam tak reti base...kan sambung belajaor, keistimewaan tinggal sekerat jelah. huhuhu! Bilik tu aku dah hias selama 38 tahun, tiba-tiba sehari je aku kena keluar. Sedih Tipah! tapi apa nak buat, di sini ada unde-unde...family planning.
aku contact sdr Halim dan Fadli, BIG yang lepas tolong aku pindah jauh dari sini. Aku pasti tak tertahan tengok bilik aku dihuni oleh orang lain...pasni mana-mana student nak jupe ngan aku pergilah ke Blok E paras 2 bilik no 4. Kat situlah aku duduk...meninggalkan bilikku dulu yang jauh nun di sana. Bagi yang tak pasti kat mana, bilik aku sekarang depan bilik aku dulu, aritu bilik printer. Sekarang bilik aku dan bilik printer. SELAMAT DATANG!
4 November - aku wat rakaman kuliah subuh dan al-hidayah Terengganu fm...kuliah subuh tiap-tiap subuh ler, tu pun kalau korang bangun subuh, jangan bang! dosa besar tinggal sembahyang. jam 6.20 pagi gitu. Al-Hidayah sekali sekala jer, untuk yang ni, akan disiarkan jam 1.30pm 5hb November.
Esok November, Disember...ada tak lagi umur aku...kalau ada ingatlat pesan Nabi saw : بادروا بالأعمال الصالحة فتنا كقطع الليل المظلم، يصبح الرجل مؤمنا ويمسي كافرا، ويمسي مؤمنا ويصبح كافرا، يبيع دينه بعرض من الدنيا
Segeralah beramal soleh sebelum datang fitnah seperti malam yang gelap gelita, seorang lelaki beriman pada paginya tetapi kufur pada petangnya, beriman pada petangnya tetapi kufur pada paginya, mereka menjual agama dengan habuan-habuan dunia.
p/s gambar-gambar menarik BIG akan diuploadkan tidak lama lagi..mungkin esok atau lusa atau paling tidak 18 tahun lagi...
Posted by Ustaz Anas at 2:58 PM 0 comments
Labels: Kenangan
Dengkila tu...! Tak boley tengok orang senang
Wednesday, October 7, 2009
Telah datang berjumpa teman, beberapa orang pelajar yang nak buat program pelajar…tanya pasal boleh tak buat tarian, rumah hantu, lontar objek macam kat funfair, kena dapat hadiah.
Teman kata tarian apa, sapa yang menari…dijawab oleh jiwa-jiwa suci ni, zapin…budak laki yang berjoget, masa tu buat pertandingan nasyid…teman kata oklah. Rumah hantu tak boleh sebab melibatkan aqidah, orang memang suka…dan kalau suka jangan cakap toksahlah, gerenti dihehnya ustaz ni. Lontar objek boleh dengan syarat tak dikenakan bayaran,kalau berbayar masuk kes judi…
Zaman sekarang ni, manusia yang walaupun namanya Islam, suka sungguh bab2 hiburan ni. Mentor, sifu, akademi angan-angan, sapa boleh menari, cungkil bakat baru, model-modelan, pilih kasih sayang dan macam-macam lagi. Geng-gen ni pulak mmemang diangkat disanjung dipopularkan punyalah...
Dengki ke bro? Dengki idakla tapi sedih dan terpaksa kerja lebih. Kerja membetulkan dan suruh manusia duduk elok-elok dalam agama Allah...dan tak boleh tidak itu memang kerja ustaz. Kalau ada ustaz melalak menyanyi menari sekali, tak boleh kata semua ustaz sama saja.
Pasal tu ada orang marah sebab ustaz suka kata ke orang...woit! kalau kata ke kambing kan ustaz jugak kena tempelak...gila apa ustaz ni?
Cuba rujuk buku Pendidikan Anak2 Dalam Islam susunan yang dirahmati Allah, Ustaz Abdullah Nasih Ulwan.
Beliau pecahkan rahsia Yahudi dan Nasrani untuk menjahanamkan umat Islam dengan umat Islam sendiri...tak payah depa pergi sanggap umat Islam, umat Islam sendiri akan kantoikan umat Islam.
Dalam protokol ke 9 Yahudi : kita telah berjaya menyesatkan kaum-kaum yang bukan Yahudi, merosakkan akhlak mereka, membiarkan mereka terus hidup BODOH dengan mengajarkan mereka prinsip-prinsip ang kami sendiri pun anggap salah dan tak betul walaupun dengan cara kita paksa mereka.
Cuba tengok sekarang, teori Freud dengan asas seksnya bagi keperluan manusia, teori Darwin dengan BERUKnya manusia, Nieche dengan buat apa saja asal kau suka.......belum lagi dalam bab perubatan, perubatan Islam rubbish, ada ke pakai air jampi je boleh sembuh, har!har!har!
Kemudian dalam protokol 13 : kita akan melalaikan mereka dengan berbagai jenis hiburan dan permainan dan seumpamanya. Kita akan iklankan supaya mereka masuk pertandingan nyanyian, sukan dan sebagainya. Sesungguhnya hiburan itu pasti akan mengkhayalkan OTAK mereka daripada sesuatu yang kita berbeza dengan mereka. Mereka akan jadikan kita tempat untuk memberi idea-idea baru, dan kita kan berikan mereka idea-idea pemikiran kita yang menjadikan mereka TUNDUK dan PATUH kepada kita dengan nikmat kebebasan berfikir mereka....
Sehingga dalam muktamar Masonik 1913M...bangsa manusia akan memilih matlamatnya yang ENGKAR kepada Allah.
Paderi Zwemer menyatakan hasrat penyebaran Kristian iaitu membangunkan generasi Muslim yang bersukaria dan tidak mengendahkan urusan agamanya.
Semua kerana syahwat...belajar sebab nak kerja sedap, makan nak sedap, ada duit nak perabis ke yahg sedap-sedap, ada masa lapang habiskan dengan yang bersedap-sedap, kalau puasa sebab nak makan sedap-sedap....
Antara rancangan Salib Kristian ialah merosakkan imej wanita Muslimah...bangkitkan gerakan pembebasan wanita...bebaskan mereka dari ikatan Islam dan ajarannya.
Sedar tak kita, Muslimah kita tak segan silu dah pakai baju jarang Opal Lining...ustaz nampak sendiri wooo! Nasiblah ada sikit2 iman tebal kulit bawang nih...korang bayangkan..oppss! JANGAN bayangkan...seorang perempuan muda yang pakai kain pakaian nipis walaupun fesyen baju kurung tapi dalam tutup yang patut je...kan dah diancam oleh Nabi s.a.w. ...wanita yang berpakaian tapi telanjang. Yang kain belah,m kain bertangkup, yang cekik kat pinggang bonjol di depan....alahai! bakpelah ustaz tak kata ke orang...
Adakah mereka kisah ? Sudah pasti tak kisah bahkan berbangga jika jadi perhatian. MASHAALLAH!
Yang lelaki pulak bangga denga gaya rambut Ultraman, agak keperang-perangan, (patutla banyak gempa bumi sekarang, mesti raksasa banyak keluar), yang lembut macam lalang, auwww!
Semua tu dilaknat oleh Allah dan RasulNya..adakah mereka peduli atau pun...PEDULI APA AKU!
Tidakkah mereka telah diBODOHkan oleh gaya pemikiran penjahat-penjahat itu...PEDULI APA! Betulla perancangan tersebut...apa saja IKUT SUKA AKU...
Dan ustaz-ustaz dan pandangan serta teguran mereka adalah jumud, anti-establishment, semua tak boleh.....
Maksud hadith Nabi s.a.w. riwayat al-Bayhaqi dan Hakim : dan tiadalah pemimpin-pemimpin mereka menghukum dengan selain apa yang diturunkan oleh Allah melainkan Allah akan menimpakan ke atas mereka musuh mereka sehingga tiada sesuatu pun yang tinggal dalam tangan mereka, semuanya habis belaka. Dan selama mereka mensia-siakan kitab Allah dan Sunnah NabiNya melainkan Allah akan menurun bala di antara mereka.
Saudara-saudaraku sekelian, bebaskan diri kita dari belenggu kejumudan dan anti-establishment kepaqa Tuhan, bebaskanlah diri dari belenggu karat hawa nafsu, bebaskan diri kita dari dicucuk hidung oleh syaitan...barulah Allah akan turunkan pertolonganNhya kepada kita...ALLAHUAKBAAR WALILLAHILHAMD.
***pilihlah aktiviti dan program yang diredai Allah meskipun dibenci oleh manusia, jauhilah aktiviti dan program yang dimurkai Allah meskipun dipuji manusia...
Posted by Ustaz Anas at 10:57 PM 7 comments
Labels: iktibar
Periksa dan Air Tawar
Sunday, October 4, 2009Minggu depan Pmr, tak lama lagi SPM...kat UDM jugak masuk minggu2 tension pasal assignment makin banyak. tak lama pun periksa lah.
teman dah dijemput bagi motivasi kecemerlangan pelajar sbb dah nak periksa nih. utz2 yang cerah2 sikit mukanya dah diunjuk air mineral berbotol2...mintak terang hati.
yang suruh solat hajat pun ada...emmm! mcm tulah nak2 tahun.
baca buku sendiri beb, pastu solat hajat dan doa sendiri, mintak mak doa, lagi power, pastu baru mintak orang2 soleh doa...baru kena caranya. ni sendiri tak mau doa, orang lain pulak disuruhnya (bagi yang camtu la). Yang dah buat tu, bagus dan istiqamahlah. tu yang payah tu. yang suruh orang lain manjang tu sila baca posting utz pie pasal suruh orang lain basuh baju.
kalau orang bukan Islam, bergantung semata-mata pada usaha boleh cemerlang...justeru, orang Islam yang talian hayat dia lebih lagi, patutnya terbilanglah...taklah asyik2 temberang bukan terbilang.
k lah, enta sumer layan video ni selepas dileteri hikhikhik!
pesanan : kalau nak mintak air penerang hati, mintaklah dengan utz mi masjid ke, utz manan ke...kalau utz anas sahih dia minum je air mineral tu separuh baru jadi air penerang hati...erk!
Posted by Ustaz Anas at 8:57 AM 0 comments
Labels: beleber
Kerepek dan Ibadat
Tuesday, September 15, 2009
Sedor tak sedor atau memang teman tak sedor diri, raya dah dekat...bebudak cukup suka, bapak budak pun ada yang lebih kurang serupa, punya suka...yeyeye! Raya!
hah, sahabat Nabi s.a.w. dulu punya sedih nak abis Ramadhan, shopping complex, radio punya suka...kejap-kejap lagu raya, kejap-kejap lagu raya.
teman...adus, dosa punya bertimbun, amal punya berkurang, tu belum tentu diterima, dapat tak aku malam lailatul qadr? sekarang ni ngantuk2 pun gagahkan juga solat 2-3 rakaat malam...bukan apa, banyak songelnya jadi manusia akhir zaman ni. kejap2 itu, kejap ini, alih2...letih mcm tu jer.
teman amik jugak kesempatan jual kerepek bilis yang tersedap sekali dan beberapa kali di alam maya...RM 8 setengah kilo, mana nak cari beb! kat Papua New Guinea tak jupe punya...
puas meround kampus Kusza, laku pulak tu, malam tadi teman terpaksa amik stock baru sebab memenuhi permintaan rakan2 yang order...yelah, kan Nabi s.a.w. kata sapa yang penuhi hajat saudaranya, Allah akan penuhi hajatnya. so, pas isyak teman drive sejauh...tak set pula kilometer tapi sampai kat Pulau kerengga nun amik barang.
balik letih la pulak...Umar the sulung son tu pulak sakit perut, teman pun urut perut dia nyut!nyut!nyut!...abis dekat kul 12 apa...
adus, barula start terawih, kalau tak rugi, emhh! boleh terlupa rakaat sampai 3 rakaat aku...halamak! diterima ke tidak malam aku ni? dah la 8 je teman buat.
teman mohon pada Tuhan supaya solat itu diterima, diampun dosa teman dan pahala 'amik kerepek' tu dapat...ampunkan juga dosa2 umat Islam dan berikan mereka kekuatan beragama serta mendapat kemenangan.
buat pelayar i'net, penuhilah malam kita ngan ibadat...pas solat isyak berjemaah, buat 20 rakaat lah terawih tu, pastu banyak istighfar dan bacalah doa berikut sebanyak-banyaknya :
'اللهم إنك عفوًّ تحب العفو فاعفعني'
doa ni Nabi ajar kat Aisyah r.ha. bila Aisyah tanya, kalau jupe lailatul qadr nak buat apa, maka Nabi s.a.w. pun suruh berdoa dengan doa tersebut.
Dr. Manam kata, bomoh jupe tongkat Ali rasa bertuah sebab tau khasiatnya, orang biasa jupe tongkat Ali biar gitu je. begitu juga doa ini, Nabi s.a.w. tau benar tentang kehebatan doa ini di sisi Allah, sebab tu Baginda ajar kepada isterinya yang tercinta itu. kalau ada amalan lagi hebat, mesti Nabi s.a.w. perturunkan yang lain itu.
Masjid UDM buat program Qiyamullail tiap2 malam sekarang, kalau rasa tak kuat buat sorang2 datanglah ke masjid UDM....semangat membara bagaikan minum kopi tongkat Ali...p/s sahur disediakan.
Biarlah dulu lagu2 raya tu...!
Posted by Ustaz Anas at 12:03 PM 4 comments
Labels: iktibar
Puasa di UDM, Kenangan di Kusza
Monday, August 31, 2009
Telah bersembang teman dengan utz pie...malam Imam Zul jadi imam tetiba Masjid UDM buat 8, orang ramai jadi pelik sapa ke masjid wakaf tembusu ada yang bercerita Masjid Kusza (diorang masih lagi panggil Masjid Kusza-mungkin dah sebati) buat 8 rakaat. Utz Pie pegi tanya Imam Zul, dia kata sakit tekak...kikikik! ingat jadi kontroversi 8 dan 20...
masa teman ngaji kusza dulu, arwah Dr. Ahmad Ibrahim Syukri jadi imam...teman masih lagi terkenangkan keharuman atarnya dan kehalusan jubahnya...teman kenen kat anak angkatnya, Mat...last2 dapat satu jubah dia, cantik! sampai sekarang ada lagi tapi tak muat dah, badan teman makin 'kurus gedempol'. satu lagi teman dapat terjemahan Quran - Indonesia yang sampai sekarang teman guna. heheh! ada jugak gunanya selalu pergi masjid...hari-hari jupe dia, mesti ingat punya labi face ni....
juga telah tersebar dalam Kusza-talk mailing list pasal jangkaan lailatul qadr, teman dah post ni dalam blog lama teman dan banyak jugak dalam internet pasal ni...
Menurut pandangan Imam Ghazali, Lailatul Qadar ini boleh diketahui melalui..
1. Jika awal Ramadhan pada Ahad atau Rabu, maka Lailatul Qadar pada malam 29 Ramadhan.
2. Jika awal Ramadhan pada Isnin, Lailatul Qadar pada malam 21 Ramadhan.
3. Jika awal Ramadhan pada Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar pada malam 27 Ramadhan.
4. Jika awal Ramadhan pada Khamis, Lailatul Qadar pada malam 25 Ramadhan.
5. Jika awal Ramadhan pada Sabtu, maka Lailatul Qadar pada 23 Ramadhan.
Sheikh Atiyah Saqr, bekas Pengerusi Majlis Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa ulama’-ulama’ berselisih pendapat mengenai bila waktunya Lailatul Qadr. Imam Al-Shawkani menyatakan terdapat 45 pendapat mengenai bila berlakunya Lailatul Qadr, diantara pandangan mereka adalah :-
1. 10 malam terakhir Ramadhan (Shahih Al-Bukhaari) kerana Nabi saw menjaga Qiamnya.
2. malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir
3. Berlaku sepanjang tahun tersebut
4. Mana-mana malam didalam bulan Ramadhan (Nailur Authar)
kebanyakkan ulama’ mengatakan berlaku pada bulan Ramadhan
pada malam 27 Ramadhan
5. Nisfu Ramadhan (15) (Nailur Authar)
6. Awal Ramadhan (Nailur Authar)
7. pada 21, 23,24, 25,26 atau 29 Ramadhan. (Nailur Authar)
Jumhur ulama cenderung kepada 10 malam terakhir Ramadhan dan juga malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir.
teman terjumpa Dr. Lazim, dia tanya betul ke malam 23 aritu malam lailatul qadr? sebab malam tu hujan...isk! teman nak jawab tak reti...sape la teman.
tapi ada hadis yang menyatakan tanda-tandanya ialah seperti beberapa hadis di bawah :
ثبت في صحيح مسلم من حديث أُبي بن كعب أن النبي صلى الله عليه
وسلم أخبر أن من علاماتها أن الشمس تطلع صبيحتها ولا شُعاع لها
Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim
ثبت من حديث ابن عباس عند ابن خزيمة ورواه الطيالسي في مسنده
وسنده صحيح أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:"ليلة القدر ليلة طلقة
لا حارة ولا باردة، تُصبح الشمس يومها حمراء ضعيفة"
Daripada Ibn Abbas riwayat ibn Khuzaimah dan riwayat al-Taylasi bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk sertas paginya suria bersinar merah yang suram.
ثبت عند الطبراني بسند حسن من حديث واثلة بن الأسقع رضي الله
عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال:"ليلة القدر ليلة بلجة لا حارة ولا
باردة لا يُرمى فيها بنجم"
Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir dengan sanad yang hasan daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan dan tidak bersinar bintang.
Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Namun, ia tidak mutlak kerana tidak semua negara beriklim yang sama. Bahkan ada sahabat yang menyatakan pernah berlaku hujan pada malam lailatul qadr...
jadi, tanda malam al-qadr tidak perlu dikhususiyatkan sebaliknya kerja buat kita pada malam tuh...
Hadiah dan ganjaran bagi mereka yang berqiam dimalam tersebut.
Mungkin seseorang itu tidak mendirikan Qiam Al-Lail disepertiga (1/3) malam, dan hanya bersolat Tarawikh (Qiam Ramadhan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat dimalam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?
Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :
”apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : Bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiamullail. Di dalam hadis Sahih diriwayatkan Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad dan Muslim). Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmudzi : “Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiam sepenuh malam).”
Cerita pelik mengenai apa yang berlaku pada malam Al-Qadr.
Hahaha! Yang nila korang nak baca sangat...cerita peliknya ialah ada orang asyik nak cari benda2 pelik je bab lailatul qadr....wei kawan! Buat ibadat jelah, nak benda2 pelik tengok keliwon la...!
Besornya Ramadhan...
hari apa ker teman duk dengor syeh mizi taha beri kuliah zuhur kat mesjid.
katanya, sesuatu perkara boleh jadi besar dengan sebab tiga.
tempat : macam solat di masjidil haram lebih besor pahalanya berbanding solat kat masjid biasa. buat dosa gitu juger.
orang : macam buat baik dengan mak ayah lebih besor pahalanya berbanding dengan orang lain. buat dosa lebih lagi.
masa : macam bulan ramadhan, pahala ibadahnya lebih besor lagi banding bulan biasa. buat dosa lagi ler.
tapi, orang asyik duk pikior buat sunat je dan mengabaikan yang fardu. betui juger tu. pegi mesjid sebab nak terawih jer sedangkan yang utamanya ialah solat fardu. patutnya subuh zuhur asar maghrib penuh ler mesjid. ni idok, isyak juger yang penuh. tu pun pasai ngejor terawih. Tak dan 8 separuh hilang, masuk 20 Ramadhan tinggal pak bilal pak imam...ke ada pak bilal yang terkemut jugak sebab nak kacau dodol...hahaha! takde punya!
kan yang fardu dilipatkaligandakan sebanyak 70 kali dan yang sunat menyamai yang fardu. patutnya kiter bersungguh buat yang fardu dan sakan pulak buat yang sunat.
Hei…baca apa lagi, pegi buat kerja dan ibadah tuh! Buat jangan tak buat!!!
Posted by Ustaz Anas at 7:20 AM 2 comments
Labels: Kenangan
DOSA untuk Asri Rabbani
Friday, August 14, 2009
Ustaz Asri Rabbani telah dijemput kembali oleh Allah...Khamis 13 Ogos, 2009. Hanya tinggal seminggu je lagi untuk Ramadhan dan beliau tak sempat bertemu dengan kekasih umat Islam tu.
aku pernah terserempak ngan ustaz Asri kat Bangi di kompleks PKNS. Tak adil rasanya kalau setakat jupe gitu jer nak cerita panjang2 pasal dia. aku pun round seantero internet baca ulasan kwn2 dia.
Aku boleh cakap :
1- Dia pemurah ngan senyuman
2- Dia tak marah2 orang
3- Dia suami dan ayah yang baik dan penyayang
4- Dia suka ajak orang buat kebaikan
5- Dia ikhlas berdakwah dengan nasyid
...dan banyak lagi. Ada satu kenyataan Yasin : mana ada orang tak suka ngan ustaz Asri.
Jadi, Doa Seorang Akhi (DOSA) buatmu, semoga Allah tempatkan mu di tempat yang paling mulia di sisinya. Amin.
Mudah2an para penasyid contohi beliau sebab dalam kereta aku kalau nasyid ada sekeping cd je...iaitu Nada Murni. Pasal apa...tuan2 puan2 pikirlah sendiri.
Hadis dari Anas bin Malik :
من أحب لقاء الله أحب الله لقاءه ومن كره لقاء الله كره الله لقاءه
Sesiapa yang suka jupe Allah, Allah akan suke jupe ngan ye, sapa yang tak suka h=jupe Allah, Allah tak suke jupe ngan ye.
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." petikan dari blognya.
Al-Fatihah...
Posted by Ustaz Anas at 10:49 PM 3 comments
Puasa Pas Nisfu Sya'ban
Monday, August 10, 2009Oleh kerana masih ada lagi yang bertanya pasal puasa pas nisfu Say'ban, dan aku rasa elok juga masukkan dalam posting ni pasal taklah bersms benda yang sama jer, lalu aku cari posting lain yang boleh mewakili jawapan persoalan tu dari sudut mazhab Shafie. Pasal dah ada orang lain tulis, aku tompang pahala dia jerl...posting ni diambil dari blog BAHRUS SHOFA...wa shukran.
----
Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."
Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).
Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-
1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.
2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.
3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu
4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan. Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.
Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-
(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-
Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).
Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-
(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.
Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-
Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.
Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.
Posted by Ustaz Anas at 1:28 PM 0 comments
.jpg)